X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja maut langgar lari

Md Asri A Wahab
A
A

TANJONG KARANG – Seorang remaja maut dalam kemalangan langgar lari ketika melintas di Jalan Raja Musa, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.35 malam, mangsa, Muhammad Harris Danial Rahim, 16, dikatakan melintas jalan untuk pulang ke rumahnya di kawasan berhampiran.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, kejadian itu disedari orang awam sebelum menghubungi pihak polis.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat,” katanya.

Md Asri menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan diklasifikasikan sebagai langgar lari.

“Kes ini masih disiasat Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Norasyikin Roslan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau ke IPD untuk membantu siasatan,” katanya.