PM tiba di Turkish House di New York untuk pertemuan dengan Presiden Turkiye

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (kanan) menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkish House di Manhattan, New York, bagi mengadakan pertemuan di luar Sesi ke-78 UNGA. - Foto Bernama
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (kanan) menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkish House di Manhattan, New York, bagi mengadakan pertemuan di luar Sesi ke-78 UNGA. - Foto Bernama
A
A
A

NEW YORK - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Turkish House di Manhattan di sini untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Menurut pegawai, antara tajuk perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu ialah berkaitan usaha mencari jalan untuk menangani Islamophobia di peringkat global.

Bulan lepas Anwar memberitahu media bahawa beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Erdogan menerusi perbualan telefon, dan mereka bersetuju untuk melihat kemungkinan memulakan suatu pergerakan dan melakukan sesuatu bagi mengatasi serangan terhadap Islam, terutama Amerika Syarikat dan Eropah.

Selepas pertemuan dengan Erdogan, Perdana Menteri dijadualkan bertemu dengan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi, diikuti dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

Ini merupakan kemunculan pertama Anwar sebagai perdana menteri di perhimpunan tahunan itu dan beliau dijadual menyampaikan Pernyataan Negara Malaysia di Perbahasan Umum di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu pada Jumaat (22 September).

Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. - Bernama

Artikel Berkaitan: