'Saya mohon maaf Ebit Lew' - Bapa Mondy

Lelaki dipercayai bapa Mondy memohon maaf di atas keterlanjuran anaknya yang didakwa menfitnah pendakwah terkenal, Ebit Lew demi wang.
Lelaki dipercayai bapa Mondy memohon maaf di atas keterlanjuran anaknya yang didakwa menfitnah pendakwah terkenal, Ebit Lew demi wang.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai bapa kepada pempengaruh dari Indonesia, Desta Restu Amanda atau lebih dikenali Mondy Tattoo memohon maaf di atas keterlanjuran anaknya yang didakwa menfitnah pendakwah terkenal, Ebit Lew demi wang.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi siaran langsung di aplikasi Tik Tok bersama pendakwah Indonesia, Derry Sulaiman pada Selasa.

“Saya minta maaf kepada Ustaz Ebit Lew atas kelakuan Mondy...tolong cakap (ingatkan) pada dia (Mondy), siapa (sebenarnya) yang membantu keluarga ini.

“Sebagai seorang yang bodoh saya tidak boleh melakukannya (nasihatkan Mondy)...saya mohon maaf atas perlakuan Mondy.

"Mungkin dia tertekan atau dipergunakan oleh orang tidak bertanggungjawab," katanya dalam keadaan hiba dan kesedihan.

Dalam siaran langsung tersebut, lelaki berkenaan juga mendakwa individu dikenali sebagai Caprice iaitu penyanyi dan aktivis kemanusiaan bersama isterinya Farra Elis membawa anaknya ke Malaysia tanpa keizinannya.

"Pertama kali Mondy pergi ke Malaysia, saya sudah minta dia bagi nombor sesiapa supaya boleh menghubunginya tetapi tidak dapat.

"Jadi mahu berkomunikasi dengan siapa? Di sini lagi kebingungan mahu minta nombor ustaz (Ustaz Derry Sulaiman) juga tiada," ujarnya

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu juga mengakui bahawa Mondy agak sukar untuk dikawal dan dia tidak tahu cara untuk menasihatinya,

"Saya hanya mampu mendoakan anak saya, Mondy. Semoga sihat di sana," katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video podcast Caprice bersama Mondy yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual kepada Ebit.

Pada Isnin, pendakwah tersebut membuat laporan polis susulan fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast khas yang dikendalikan Caprice.