Almalena dilantik sebagai Peguam Cara Negara, Suzana Peguam Cara II

Almalena Sharmila (kiri), Suzana Atan
Almalena Sharmila (kiri), Suzana Atan
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Almalena Sharmila Johan dilantik sebagai Peguam Cara Negara berkuat kuasa 2 Oktober depan.

Lantikan beliau itu dibuat bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Peguam Negara yang baharu dilantik Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Ahmad Terrirudin turut memaklumkan pelantikan Datuk Suzana Atan sebagai Peguam Cara ll berkuat kuasa tarikh sama.

Pelantikan tersebut dibuat selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 Tahun 2023.

"Seluruh warga Jabatan Peguam Negara (AGC) mengucapkan tahniah atas pelantikan ini," ujarnya.

Almalena sebelum ini merupakan Peguam Cara II manakala Suzana pula Ketua Bahagian Guaman AGC.

Artikel Berkaitan: