Caprice bakal timang anak sulung

Caprice bersama isterinya, Farra Inalis yang kini hamil lima bulan.
Caprice bersama isterinya, Farra Inalis yang kini hamil lima bulan.
A
A
A

PENYANYI Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Jelas Caprice, 35, isterinya, Farra Inalis kini hamil lima bulan.

“Sebelum ini ramai yang tanya, bila nak ada anak, tetapi disebabkan kepadatan jadual dan komitmen kepada perniagaan serta lain-lain hasrat tersebut saya ketepikan dahulu.

“Memandangkan semua sudah ada di sini, saya nak kongsi berita gembira. Alhamdulillah isteri saya kini hamil lima bulan,” ujarnya ketika memberikan ucapan pada majlis pelantikannya sebagai Duta ThorX, di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Sekadar info, Caprice dan Farra, 28, mendirikan rumah tangga pada November 2021. Sebelum ini, Farra pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.

Artikel Berkaitan: