Kerajaan laksana lapan reformasi dalam tempoh singkat - Fahmi

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan telah melaksanakan sekurang-kurangnya lapan reformasi dalam tempoh singkat demi kepentingan negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, antara reformasi institusi yang direalisasikan setakat Jun 2023 adalah pindaan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 selain pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara sepanjang hayat serta kewujudan peruntukan baharu bagi kesalahan menghendap (stalking) dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, ini tidak termasuk reformasi lain yang sedang diusahakan.

"Berhujahlah dengan fakta, bukan gunakan sentimen dan emosi.

"Tak adil untuk tuduh kerajaan ini 'No Action Talk Only'. Semua tahu, untuk melakukan reformasi institusi, mana-mana kerajaan pun perlukan masa," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Pada Isnin, media melaporkan Syed Saddiq menyifatkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Kerajaan NATO‘ (No Action Talk Only) atau kerajaan cakap sahaja, namun tiada tindakan.

Artikel Berkaitan: