PSG lega berjaya tundukkan Dortmund

MBAPPE FOTO: AFP
MBAPPE FOTO: AFP
A
A
A

KYLIAN Mbappe kembali berada pada prestasi terbaiknya ketika membantu Paris St Germain memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Borussia Dortmund pada awal pagi Rabu.

Mbappe membuka tirai jaringan dengan sepakan penalti pada separuh masa kedua dan Achraf Hakimi menggandakan jaringan pada minit ke-58 dalam perlawanan di Parc des Princes.

Ia merupakan kemenangan ketiga dalam enam perlawanan kompetitif musim ini untuk juara Ligue 1 itu dan ia memberi mereka kelegaan yang amat diperlukan selepas kekalahan pertama dalam Ligue 1 kepada Nice Sabtu lalu.

PSG mendahului Kumpulan F dengan tiga mata, dua mata di depan AC Milan dan Newcastle United, yang seri 0-0 dalam satu lagi perlawanan pada Rabu.

"Apa yang paling saya suka? Kami konsisten. Jelas sekali kami semua bersemangat sepanjang perlawanan. Kami lebih baik sepanjang perlawanan.

"Yang paling penting ialah menyerang dan mencipta peluang dan kami memenangi perlawanan itu," kata pengendali PSG, Luis Enrique.

Dortmund pula tidak berada pada tahap terbaik mereka dan perlu bangkit apabila menentang AC Milan.

Mereka juga masih cuba menyesuaikan diri selepas kehilangan khidmat Jude Bellingham yang berpindah ke Real Madrid dan jurulatih Edin Terzic turut menurunkan Sebastien Haller dengan penyerang itu masih bergelut untuk menampilkan permainan berkualiti.

Artikel Berkaitan: