CelcomDigi, Yinson bangunkan infrastruktur EV

Dari kiri: Albern Murty, Idham, Arthur, Chern Yuan dan Han Weng selepas memeterai MoU antara CelcomDigi dan Yinson di Petaling Jaya, pada Selasa.
Dari kiri: Albern Murty, Idham, Arthur, Chern Yuan dan Han Weng selepas memeterai MoU antara CelcomDigi dan Yinson di Petaling Jaya, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global, Yinson Holdings Berhad (Yinson) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan perkhidmatan dan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) yang inovatif untuk pengguna Malaysia.

CelcomDigi dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu membolehkan Yinson memanfaatkan rangkaian 4G LTE dan 5G CelcomDigi yang paling luas dan terpantas bagi meningkatkan sambungan untuk chargEV, rydeEV dan drivEV di ruang emobiliti.

“Kedua-dua syarikat bekerjasama untuk meneroka penyelesaian baharu yang inovatif. Ia akan membolehkan pengguna kekal berhubung serta mempunyai akses harian yang lebih mudah kepada perkhidmatan bersih dan dipertingkatkan teknologi termasuk eBikes, kenderaan elektrik, stesen pengecasan EV dan penyepaduan infrastruktur solar,” jelas kenyataan itu.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan semasa EVM Asia 2023 yang diadakan sebagai sebahagian daripada Ekspo Smart Nation 2023.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Han Weng; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty dan Ketua Pegawai Inovasi, T Kugan.

Idham berkata, melalui pusat inovasinya, CelcomDigi terus mengukuhkan komitmennya sebagai pemboleh digital untuk rakyat Malaysia, membawa penyelesaian inovasi dan IoT di luar perkhidmatan telekomunikasi untuk menghubungkan serta meningkatkan gaya hidup digital rakyat Malaysia.

Beliau berkata, MoU itu merupakan peristiwa penting melibatkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bekerjasama dengan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global untuk bersama-sama berinovasi membawa perkhidmatan EV kepada pengguna.

Artikel Berkaitan:

“Industri automotif sedang mengalami transformasi radikal, dengan pembuat kereta bersetuju bahawa lima tahun akan datang akan membawa banyak perubahan daripada tiga dekad sebelumnya, didorong oleh kemungkinan besar yang dibawa oleh kenderaan elektrik khususnya, dan teknologi hijau secara umum.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Yinson untuk memacu penggunaan teknologi hijau dalam kalangan pengguna Malaysia untuk menyokong matlamat tenaga negara seperti yang digariskan dalam pelan induk perindustrian baharu 2030,” kata Idham.

Sementara itu, Chern Yuan berkata, Yinson bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia CelcomDigi, disokong oleh dasar progresif oleh kerajaan Malaysia.

“Kami berharap untuk meletakkan penyelesaian pengangkutan yang bersih dan bersepadu ke tangan rakyat Malaysia setiap hari, membawa kami secara kolektif lebih dekat untuk mencapai matlamat sifar bersih negara,” kata Chern Yuan.