Sila log masuk terlebih dahulu.

Johor terima 80 tan beras putih tempatan, tampung kekurangan bekalan

19 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 SEPTEMBER 2023

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah menghantar 80 tan metrik beras putih tempatan (BPT) ke Johor bermula Isnin bagi mengatasi masalah kekurangan bahan makanan itu di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, penghantaran beras tersebut merupakan intervensi pertama dilakukan kerajaan pusat menerusi MAFS.

Katanya, agihan beras itu diterima menerusi tiga agensi iaitu Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/279791/edisi/johor/johor-terima-80-tan-beras-tampung-kekurangan-bekalan

Muzik: www.bensound.com