Irmohizam Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah WTCA

SHAH ALAM - Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.
WTCKL dalam satu kenyataan berkata, pemilihan tersebut mencerminkan sumbangan dan kepimpinan luar biasa Irmohizam dalam industri acara perniagaan (BE) di peringkat global.
“Beliau turut berkhidmat dengan aktif sebagai ahli Lembaga Penasihat bagi Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen serta Pameran Malaysia (MACEOS).
“Peranan beliau sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA juga mengesahkan statusnya sebagai peneraju serta tokoh terkemuka dalam industri BE bagi mengukuhkan lagi kehadiran Malaysia di pentas global,” katanya pada Selasa.