Lupakan kekalahan di Cheras, bangkit lebih bertenaga di Kuantan

Pemain KL City, Tchetche Kipre (kanan) diasak tonggak Sri Pahang, Kevin Ingreso ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Pemain KL City, Tchetche Kipre (kanan) diasak tonggak Sri Pahang, Kevin Ingreso ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
A
A
A

PENGENDALI Sri Pahang, Fandi Ahmad mahu pemain Tok Gajah melupakan kekalahan tipis 0-1 kepada Kuala Lumpur City dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Sebaliknya legenda bola sepak Singapura itu mahu para pemainnya bangkit lebih bertenaga berdepan armada The City Boys kendalian Nenad Bacina tersebut di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 September ini.

"Kuala Lumpur yang cukup terkenal dengan permainan taktikal bukan pasukan mudah untuk dijinakkan terutamanya dalam perlawanan penting fasa kalah mati.

"Jadi pemain Pahang tidak perlu terus meratapi kekalahan dalam perlawanan suku akhir pertama ini, sebaliknya perlu lebih bersedia untuk tampil lebih baik dengan mencari gol awal dalam perlawanan kedua.

"Kami kalah disebabkan gol sepakan penalti dan ia telah berlalu... Jadi pemain perlu lebih positif untuk perlawanan timbal balik kedua. Perkara paling penting dapatkan gol awal bagi menyamakan kedudukan supaya tiada tekanan kepada Sri Pahang," katanya selepas perlawanan tersebut.

Jaringan sepakan penalti Romal Morales yang tercetis selepas bintang The City Boys, Paulo Josue dikasari pertahanan Tok Gajah, Syazwan Andik pada minit ke-72 membolehkan pasukan tuan rumah membawa bekalan satu gol ke Kuantan pada 24 September ini.

Artikel Berkaitan: