MR D.I.Y pamer replika seterika gergasi di Taman Tasik Titiwangsa

MR D.I.Y mempamerkan sebuah replika seterika terapung gergasi di Taman Tasik Titiwangsa sehingga 15 Oktober depan.
MR D.I.Y mempamerkan sebuah replika seterika terapung gergasi di Taman Tasik Titiwangsa sehingga 15 Oktober depan.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR DIY) mempamerkan sebuah replika seterika terapung gergasi di Taman Tasik Titiwangsa.

Replika berukuran 16 x 7.5 x 8 meter itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai replika seterika terapung terbesar di negara ini.

Pameran replika seterika terapung gergasi sehingga 15 Oktober itu menandakan permulaan pelancaran inisiatif terkini peruncit itu dengan inisiatif istimewa 'kecil dan besar MR D.I.Y ada' memaparkan lebih daripada 20,000 produk ditawarkan MR DIY di lebih 1,200 cawangan di seluruh negara.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y Group, Alex Goh berkata, peruncit perkakas rumah itu menawarkan pelbagai jenis barangan yang diperlukan pada harga lebih rendah.

"Kami menawarkan barang-barang terkecil dari bateri, mangga berkunci, dan rantai kunci hinggalah barang-barang besar seperti pembersih vakum, kolam boleh kembung dan tangga boleh lipat serta menawarkan harga rendah bermula kurang daripada RM1," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Alex memberitahu, D.I.Y mempunyai format kedai lebih kecil bagi memenuhi keperluan pelanggan di banda kecil seperti Permatang Pauh, Pulau Pinang, dan Sik, Kedah, sehingga ke kedai format besar MR. D.I.Y. PLUS di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru yang meliputi kawasan seluas lebih 20,000 kaki persegi.

"Kami juga menawarkan pelbagai keperluan pengguna dari bayi sehingga warga emas dan ini adalah janji kami dan sangat berbangga dapat memenuhinya," ujar beliau.

Jelas beliau, MR D.I.Y berbangga kerana replika istimewa itu diiktiraf MBR dan ia juga mampu menyampaikan mesej kepada semua rakyat di negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Jemputlah datang ke Taman Titiwangsa untuk melihat dan ia pasti menghiburkan mereka semasa menikmati cuti Merdeka dan Hari Malaysia," tambah Alex.

Beliau berkata, kejayaan pemasangan replika itu adalah usaha sama peruncit dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Alex memberitahu, seterika terapung itu akan dibawa menjelajahi negeri-negeri lain untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melihatnya.

Menurut Alex, MR D.I.Y juga turut mempamerkan pelbagai tarikan menarik lain di beberapa kawasan bandar bermula 5 September ini seperti pili air interaktif di Dataran Merdeka, selain pengunjung boleh mendapatkan air minuman, berus cat dan pengecas bateri di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Tarikan lain seperti botol air Disney gergasi di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan patung gebu dinosaur serta bola sepak di MyTown Cheras Kuala Lumpur," ujarnya.

Jelas beliau, tarikan menarik itu bertujuan memberitahu orang ramai tentang inisiatif MR D.I.Y dan memberi mereka peluang untuk memenangi hadiah melalui tanda pagar #KecilBesarMRDIYada.

Katanya, peserta hanya perlu mengambil gambar di salah satu tarikan menarik tersebut, muat naik ke media sosial dengan menggunakan hashtag “Kecil & Besar, MR D.I.Y Ada” dan kemudian menghantarnya ke laman web pertandingan.

Tambah beliau, terdapat hadiah bernilai RM20,000 untuk dimenangi termasuk perjalanan menaiki kapal layar mewah selama empat jam untuk 12 orang bernilai RM6,000, penerbangan menaiki helikopter selama 30 minit di sekitar Kuala Lumpur untuk empat orang bernilai RM4,500.

"Pengalaman fine dining 'Omakase' untuk dua orang bernilai RM2,000, dan baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM100 setiap seorang untuk 100 pemenang," katanya.

Maklumat lanjut tentang inisiatif “Kecil & Besar, MR D.I.Y Ada", serta lebih daripada 20,000 produk MR D.I.Y., sila lawati laman web www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my, atau saluran media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok.