Sila log masuk terlebih dahulu.

Wujud undang-undang baharu kawal selia sumbangan politik - Azalina 

18 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Wujud undang-undang baharu kawal selia sumbangan politik - Azalina

BERITA SEMASA 18 SEPTEMBER 2023

Kabinet bersetuju supaya skop dasar Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pendanaan politik dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat pada 8 September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu diangkat untuk pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 13 September lalu.

Katanya, terdapat tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan RUU pendanaan politik antaranya bagi mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen