Pestabola Merdeka kembali gamit memori

IMBAS KEMBALI... Skuad B-23 negara muncul juara Pestabola Merdeka 2013. Gambar kecil: Mohd Firdaus
IMBAS KEMBALI... Skuad B-23 negara muncul juara Pestabola Merdeka 2013. Gambar kecil: Mohd Firdaus
A
A
A

PESTABOLA Merdeka sememangnya cukup dikenali dan pernah menggamit banyak pasukan ternama dunia termasuk beberapa gergasi Asia untuk menyertai kejohanan tersebut.

Ia menjadi antara kejohanan bola sepak tertua di Asia sejak mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 dan dilancarkan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Kejohanan itu tidak pernah gagal diadakan sehingga 1988 dengan menyaksikan Malaysia beraksi menentang pasukan terbaik pada ketika itu seperti Korea Selatan, Jepun dan pasukan jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Namun, selepas 1988, kejohanan tersebut seolah-olah dipinggirkan apabila ia tidak dianjurkan seperti biasa selain banyak pasukan tidak berminat untuk menyertai Pestabola Merdeka.