JKPK undang Peguam Negara, bekas Peguam Negara beri penjelasan bulan depan

JKPK mengundang Idrus (kiri) dan Ahmad Terrirudin (kanan) untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu.
JKPK mengundang Idrus (kiri) dan Ahmad Terrirudin (kanan) untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (JKPK) mengundang bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.

Pengerusi JKPK, William Leong Jee Keen berkata, jemputan itu adalah bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan membuat penelitian menyeluruh berhubung beberapa isu yang bakal diajukan kepada kedua-dua individu berkenaan.

Katanya, ia termasuk cadangan memisahkan peranan Pendakwa Raya daripada Pejabat Peguam Negara, selain isu berkaitan keputusan melepas dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

"JKPK ini menyedari dan menghormati kuasa Peguam Negara dalam menjalankan budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding mahkamah selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.