Belia ejen perubahan perkukuh perpaduan

Presiden Kelab Media Putrajaya, Wan Zairul Azri Wan Sudin (empat dari kanan) menyerahkan cenderamata kepada Rithuan (empat dari kiri) di Labuan pada Sabtu.
Presiden Kelab Media Putrajaya, Wan Zairul Azri Wan Sudin (empat dari kanan) menyerahkan cenderamata kepada Rithuan (empat dari kiri) di Labuan pada Sabtu.
A
A
A

LABUAN - Golongan belia menjadi ejen perubahan ke arah memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, peranan itu dapat dilaksana dengan memupuk kefahaman antara budaya, memerangi diskriminasi dan mempromosikan nilai-nilai toleransi.

"Kita menyedari kepentingan belia sebagai aset tumpuan utama yang merujuk peranan generasi muda dalam mendukung perpaduan dan memenuhi harapan negara," katanya menerusi ucapan perasmian program Citra Belia sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, golongan itu turut ditagih untuk membawa inovasi dan pembaharuan ke dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, teknologi dan pendidikan.