Belia perlu jadi ejen perubahan strategik, perkukuh perpaduan

Amirudin (dua dari kiri) hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan MBS kali ke-38 serta Majlis Apresiasi Tahun 2023 di Shah Alam pada Sabtu.
Amirudin (dua dari kiri) hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan MBS kali ke-38 serta Majlis Apresiasi Tahun 2023 di Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Generasi muda atau belia harus berada di barisan hadapan dalam memperkukuh perpaduan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana perpaduan yang telah dibentuk dalam negara serta jatuh bangunnya terletak di bahu generasi muda.

"Aktivis generasi muda melalui persatuan belia perlu menjadi ejen perubahan yang strategik untuk membangun negara atau negeri.

"Bukan lagi terpasung dengan daya fikir orde lama yang terpecah-pecah dek budaya organisasi yang langka," katanya ketika hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) kali ke-38 serta Majlis Apresiasi Tahun 2023 pada Sabtu.

Dalam majlis tersebut, Amirudin turut diberi penghormatan mengurniakan Pingat Bakti Belia kepada sejumlah tokoh belia era 1990-an dan awal tahun 2000.

Amirudin turut mengumumkan sumbangan sejumlah RM500,000 kepada MBS dalam majlis berkenaan bertujuan untuk pelaksanaan aktiviti bagi generasi muda di Selangor.

"Semoga aktivisme gerakan generasi muda melalui MBS serta badan badan gabungan dapat melalui fasa baharu melalui kepimpinan sedia ada dengan menongkah arus dan merentas perubahan ke arah perpaduan yang utuh," katanya.