Operasi padam 8 hektar hutan terbakar diteruskan

Masih terdapat baki lapan hektar kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang memasuki hari ketiga, pada Sabtu. - Facebook JBPM Selangor
Masih terdapat baki lapan hektar kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang memasuki hari ketiga, pada Sabtu. - Facebook JBPM Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masih terdapat baki lapan hektar kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang memasuki hari ketiga, pada Sabtu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, operasi pemadaman disambung semula pada jam 8 pagi, disertai 59 anggota daripada pelbagai agensi.

"Perancangan operasi untuk hari ini ialah menggunakan dua unit escavator yang disediakan Jabatan Perhutanan bagi kerja-kerja membuat jalan.

"Selain itu, bagi menghalang api merebak 'fire break' akan dilakukan dan membersihkan saliran air sedia ada serta pemadaman akan menggunakan kaedah 'direct attack' serta 'total floading'," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

JBPM Selangor berkata, Unit Dron turut digerakkan bagi membuat pemantauan keluasan kawasan kebakaran untuk memudahkan pasukan pemadam mencari hotspot yang terdapat di kawasan kebakaran.

Operasi pemadaman disambung semula pada jam 8 pagi, disertai 59 anggota daripada pelbagai agensi. - Facebook JBPM Selangor
Operasi pemadaman disambung semula pada jam 8 pagi, disertai 59 anggota daripada pelbagai agensi. - Facebook JBPM Selangor

Pemadaman kebakaran hutan itu turut disertai, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Pusat Alam Sekitar Global (GEC) dan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN). - Awani

Artikel Berkaitan: