Jurusan diduduki peserta Felo Perdana tidak wujud

Tinjauan Sinar Harian mendapati, UM tidak menawarkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Komunikasi seperti yang dinyatakan oleh peserta Program Felo Perdana.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, UM tidak menawarkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Komunikasi seperti yang dinyatakan oleh peserta Program Felo Perdana.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu seorang peserta Program Felo Perdana yang ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mendapat perhatian umum sehingga ia menjadi perbincangan hangat di media sosial susulan dakwaan mengemukakan sijil pencapaian palsu.

Bukan itu sahaja, penglibatan peserta berkenaan sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dia didapati turut memalsukan jurusan yang diambil.

Berdasarkan poster yang dikongsi di media sosial itu, peserta Program Felo Perdana itu memaklumkan bahawa dia merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Komunikasi dari Universiti Malaya (UM).

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di laman sesawang Fakulti Kejuteraan UM, hasil carian mendapati universiti berkenaan hanya menawarkan lima kursus kejuruteraan antaranya Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biomedikal, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal.

Ia membuktikan bahawa UM sama sekali tidak menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Komunikasi seperti yang dikemukan oleh peserta Felo Perdana berkenaan.

Rentetan daripada isu tersebut, peserta berkenaan akan ditamatkan penglibatannya dalam program itu kerana mengemukakan sijil tidak tulen.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan, pelajar universiti awam di ibu negara itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program berkenaan, namun semakan lanjut mendapati sijil dikemukakan bagi satu pencapaian adalah tidak tulen.

Artikel Berkaitan: