Sila log masuk terlebih dahulu.

[Sinar Live] Hak mangsa keganasan rumah tangga

13 September 2023 | Sinar Live Video
A
A
A
Pengurusan dan perlindungan mangsa keganasan rumah tangga adalah berdasarkan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT).

Akta ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1996 dan ianya memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumahtangga samada ada melalui Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan yang dikeluarkan oleh mahkamah atau penempatan sementara di tempat selamat yang telah diluluskan.

Akta ini terpakai kepada semua orang di Malaysia tanpa membezakan agama, bangsa, keturunan, jantina dan tempat kelahiran.

Saksikan Sinar Live Khas bersama Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JKM Negeri Selangor, Nor Azian Sharfador Khan di semua platform digital Sinar Harian menerusi program eksklusif Seminar memerangi keganasan rumah tangga dengan kerjasama Polis Selangor.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Youtube: https://www.youtube.com/live/X56m5WfCZJw?si=T2g5mSpCxUzJFHji

Facebook: https://fb.watch/n0WaY97347/

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1701802043571392642

#SinarLive #SinarHarian #PDRM