Wanita dua suami: Mahkamah tetapkan 8 Oktober ini sumpah laknat

TANAH MERAH - Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, di sini pada Rabu menetapkan 8 Oktober ini sebagai tarikh untuk seorang peniaga melakukan sumpah laknat bagi menafikan lafaz cerai ke atas isteri keduanya yang didakwa mempunyai dua suami.
Hakim Ahmad Hariri Mohd Saad membuat penetapan itu terhadap Rahaman K A Mohamed Jaafar, 47, yang juga defendan bagi kes pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh plaintif, Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32.
Mahkamah menetapkan sumpah tersebut selepas mendapati keterangan Wan Nor Shakirin tidak kukuh.
Wan Nor Shakirin sebelum itu memberitahu mahkamah, Rahaman sudah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya namun Rahaman menafikan perkara itu.