Polis tahan lelaki dera isteri hingga mati

Suspek direman selama tujuh hari bermula 4 September hingga Khamis ini.
Suspek direman selama tujuh hari bermula 4 September hingga Khamis ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mendera isterinya hingga maut dalam kejadian di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram di sini pada 2 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas menyerah diri kira-kira jam 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada keesokannya selepas kejadian itu.

Menurut beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula 4 September hingga Khamis ini.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada hari ini (Rabu) untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku selepas polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan yang menyatakan mangsa berusia 38 tahun tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia.

"Hasil pemeriksaan awal yang dibuat ke atas mayat mangsa oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: