Perancis ujian pertama Voeller stabilkan Jerman

Voeller FOTO: AFP
Voeller FOTO: AFP
A
A
A

SEMBILAN bulan sebelum Euro 2024 bermula di Jerman, tuan rumah beralih kepada Rudi Voeller untuk memulihkan kembali maruah gergasi Eropah itu ke landasan kemenangan sebelum perlawanan menentang Perancis selepas pemecatan Hansi Flick.

Sebagai rekod, Flick menjadi jurulatih Jerman pertama dalam sejarah yang dilepaskan daripada tugasnya selepas pasukan itu tewas 1-4 kepada Jepun di Wolfsburg pada Sabtu, yang merupakan keputusan terburuk terbaru rentetan daripada tersingkir di peringkat kumpulan di Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) telah beralih kepada pemenang Piala Dunia 1990, Voeller untuk mengambil alih sementara perlawanan persahabatan menentang finalis Piala Dunia 2022 Perancis di Dortmund.

Walaupun tugasan pertama Voeller adalah untuk menyuntik semula kestabilan ke dalam pasukan yang sedang bergelut, tugasan lebih besar adalah untuk membetulkan semula pasukan itu sebelum Kejohanan Euro tahun depan di bumi Jerman.

“Tugas paling mendesak ialah mencari jurulatih pasukan kebangsaan untuk mengembalikan pasukan itu ke landasan yang betul dan menyediakan kami untuk Kejohanan Euro tahun depan,” kata Voeller.

Voeller akan dibantu pengendali skuad Bawah 20 Tahun Hannes Wolf dan bekas penyerang Bayern, Sandro Wagner.

Sebagai rekod, beberapa calon telah disebut untuk mengambil jawatan itu, dengan Julian Nagelsmann, yang menggantikan Flick di Bayern Munich hanya akan dipecat pada Mac secara rasmi mengikut kontrak.

Oliver Glasner, yang membawa Eintracht Frankfurt menjulang kejuaraan Liga Europa pada 2022 - trofi Eropah pertama kelab itu dalam 40 tahun - dan Matthias Sammer, yang memenangi Bundesliga sebagai jurulatih Borussia Dortmund pada 2002, turut disebut.

Artikel Berkaitan:

Tugasan pertama Voeller adalah menstabilkan semula pasukan yang bergelut itu dengan penambahbaikan bahagian pertahanan.