Pajero bawa minyak masak peket seludup terbalik

Sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang membawa 1,349kg minyak masak peket untuk diseludup ke negara jiran terbalik semasa dikejar anggota penguat kuasa KDPN pada Isnin.
Sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang membawa 1,349kg minyak masak peket untuk diseludup ke negara jiran terbalik semasa dikejar anggota penguat kuasa KDPN pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang membawa 1,349 kilogram (kg) minyak masak peket untuk diseludup ke negara jiran terbalik semasa dikejar anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) pada Isnin.

Kenderaan yang dipandu suspek berusia 29 tahun itu hilang kawalan dan terbabas semasa melalui selekoh di persimpangan lampu isyarat Kampung Gaung berhampiran jalan pintasan Pasir Mas.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota telah mengesan kenderaan yang dipandu suspek di Selising, Pasir Puteh.

"Menyedari kehadiran anggota KPDN, suspek telah bertindak memecut laju kenderaannya sejauh 50 kilometer melalui jalan Kok Lanas-Kemubu-Pendek menghala ke Pasir Mas," katanya semasa dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, sejurus tiba di persimpangan lampu isyarat Kampung Gaung kenderaan dipandu suspek telah terbabas di selekoh dan terbalik sehingga ke laluan bersebelahan.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbalik tersebut menemui anggaran barang kawalan minyak masak bersubsidi 1,349kg.
Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbalik tersebut menemui anggaran barang kawalan minyak masak bersubsidi 1,349kg.

Ujarnya, anggota terus bertindak menahan suspek yang berada dalam kenderaan tersebut.

Azman memberitahu, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang terbalik tersebut menemui anggaran barang kawalan minyak masak bersubsidi 1,349kg dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM3,372.50.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini dari masa ke semasa," katanya.