Messi mungkin terlepas aksi menentang Bolivia

Lionel Messi - Foto EPA
Lionel Messi - Foto EPA
A
A
A

KAPTEN Argentina, Lionel Messi mungkin terlepas aksi kelayakan Piala Dunia pasukannya menentang Bolivia pada Selasa kerana keletihan.

Pemain berusia 36 tahun itu digantikan lewat dalam kemenangan 1-0 Argentina di tempat sendiri ke atas Ecuador pada Khamis dan menjalani pemeriksaan berjaga-jaga pada awal Jumaat, kata ketua jurulatih Lionel Scaloni.

Walaupun keputusan itu mengesahkan Messi bebas daripada sebarang kecederaan, Scaloni dan kakitangan sokongan beliau bimbang dengan beban kerja besar penyerang itu baru-baru ini, Xinhua memetik laporan media di negara Amerika Selatan itu.

Messi telah bermain 12 perlawanan dalam tempoh 48 hari yang lalu, hampir tidak berehat sejak menyertai Inter Miami secara percuma pada pertengahan Julai.

Akhbar Ole melaporkan bahawa Scaloni sedang mempertimbangkan beberapa perubahan pada kesebelasan utamanya untuk perlawanan pada Selasa dengan percaya bahawa pemain muda akan mengatasi ketinggian 3,600 meter La Paz dengan lebih baik. -Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: