Bantu B40 jana pendapatan melalui projek hidroponik

Chun Kuang menunjukkan tip penanaman sayuran melalui projek hidroponik ketika majlis penyerahan set hidroponik kepada golongan B40 di Kuantan.
Chun Kuang menunjukkan tip penanaman sayuran melalui projek hidroponik ketika majlis penyerahan set hidroponik kepada golongan B40 di Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 15 set hidroponik diberikan kepada golongan B40 sebagai satu inisiatif di bawah projek hidroponik bagi memperkasakan ekonomi komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang berkata, projek hidroponik terbabit bukan sahaja menjana pendapatan, tetapi boleh mengurangkan perbelanjaan dapur mereka.

"Saya berjanji untuk membeli hasil tanaman yang pertama bagi menggalakkan penduduk untuk menyertai program ini.

"Malah, saya berharap program ini dapat diteruskan dan disertai lebih ramai penduduk pada masa akan datang," katanya pada Ahad.

Majlis penyerahan set itu turut dihadiri pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Kuantan yang memberikan tip-tip penanaman sayuran melalui kaedah hidroponik.

Chun Kuang berkata, sistem hidroponik adalah kaedah penanaman yang mudah dan cekap yang boleh memaksimumkan pengeluaran tanaman di kawasan kecil dan sempit.

Beliau berkata, ia sesuai dengan keluarga yang bercadang menanam sayur atau buah di kebun sendiri bagi meringankan beban kewangan mereka.

"Kejiranan juga boleh beralih kepada sistem hidroponik untuk menjana sedikit pendapatan daripada hasil ini," katanya

Artikel Berkaitan: