12 ahli sindiket judi dalam talian diberkas

12 ahli sindiket judi dalam talian diberkas di dua premis sekitar Lembah Klang pada Jumaat.
12 ahli sindiket judi dalam talian diberkas di dua premis sekitar Lembah Klang pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 12 lelaki disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian diberkas secara berasingan di dua premis di sekitar di Lembah Klang, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menahan enam lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing berusia 19 tahun hingga 37 tahun.

"Turut dirampas empat buah komputer, lima komputer riba pelbagai jenama, 19 telefon bimbit, sebuah iPad, tiga keping pasport, dua modem router dan satu kad akses berserta kunci rumah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amihizam berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati adanya unsur mempromosikan perjudian dalam talian dengan menggunakan laman sesawang.

"Kesemua suspek berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Bangladesh," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan / 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut, sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau balai polis berhampiran," katanya

Artikel Berkaitan: