Adu buli di reruai KPM

A
A
A

Wan Mohd Mohyeddin (kiri) bersama ketuanya, Roslina Ibrahim menunukkan platform DELIMa di reruai KPM.
Wan Mohd Mohyeddin (kiri) bersama ketuanya, Roslina Ibrahim menunukkan platform DELIMa di reruai KPM.



SHAH ALAM- Ibu bapa, penjaga dan pelajar boleh membuat aduan buli secara terus menerusi Portal Aduan Buli di reruai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pegawai Unit Komunikasi korporat KPM, Azlina Abdu Rahman berkata, petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan terhadap pengadu.

"Di sini orang ramai dan pelajar boleh memasukkan terus aduan buli menerusi sistem Portal Aduan Buli," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Karnival Pendidikan Sinar Bestari di sini pada Jumaat.

Menurutnya, setiap aduan akan disaring dalam tempoh 24 jam sebelum pengadu menerima maklum balas pada hari ke tiga.

"Kementerian akan memanggil majlis permuafakatan sekolah beserta ibu bapa dan murid tersebut untuk menyelesaikan aduan buli itu secara dalaman," jelas beliau.

AZLINA
AZLINA



Ujar Azlina, sekiranya aduan melibatkan kes buli yang serius ia akan diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Sektor Sektor Pelantar Pembelajaran Bahagian sumber dan Teknologi Pendidikan KPM, Wan Mohd Mohyeddin Wan Yacob berkata, pihaknya turut memberi pendedahan mengenai platform Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa).

Artikel Berkaitan:


Menurutnya, DELIMa boleh diakses setiap murid sehingga pelajar matrikulasi dengan menggunakan id yang dibekalkan oleh KPM.

Farah (dua dari kiri) dan Fadhlina (tengah) ketika perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam, pada Jumaat.
Farah (dua dari kiri) dan Fadhlina (tengah) ketika perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam, pada Jumaat.



DELIMa merangkumi tiga aspek utama iaitu pembelajaran yang diperibadikan, pengalaman pengguna dan analisis data.

Pelbagai aplikasi yang disediakan antaranya teknologi kecerdasan buatan (AI), Eduweb TV, permainan dalam talian secara percuma yang turut menyumbang markah kepada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

"Ramai yang tidak tahu mengenai tawaran menarik di dalam DELIMa ini dan di reruai ini kami akan mendedahkan kepada murid serta guru mengenainya," katanya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam, pada Jumaat.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di Shah Alam, pada Jumaat.



DELIMa merupakan pelantar pembelajaran digital KPM yang dibangunkan untuk mengupayakan sesi PdP dalam talian.

Diperkenalkan pada 1 Julai 2019 menerusi Bilik Darjah Google, kini diterima baik murid serta guru.

Sementara itu, reruai KPM akan membawakan info dan aktiviti berkaitan modul penghayatan Hadia 40 Imam Nawawi pada Sabtu.

Reaksi

GARY JAMES
GARY JAMES



"Ada permainan interaktif yang menguji kesabaran selain pelajar diberi pendedahan mengenai platform DELIMa," - Pelajar Tingkatan 3, SMK Abdul Jalil, Gary James Jr.

R RASHMIKA
R RASHMIKA



"Karnival ini sangat menarik terutamanya kepasa kami pelajar yang mana dapat mengenali banyak perkara mengenai pendidikan dan sebagainya," - Pelajar Tingkatan 5, SMK Cheras Jaya, R Rashmika.