Mohd Zaid dilantik Ketua Eksekutif CIDB

Mohd Zaid
Mohd Zaid
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Timbalan Ketua Eksekutif I, Sr Mohd Zaid Zakaria sebagai Ketua Eksekutifnya yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Ir Ahmad ‘Asri yang telah menamatkan perkhidmatan kontrak pada 30 Ogos 2023, setelah berkhidmat selama 38 tahun di perkhidmatan awam.

Menurut CIDB, Mohd Zaid telah berkhidmat selama 22 tahun di dalam organisasi tersebut dengan mengetuai Sektor Pembangunan Teknologi, Sektor Kontraktor & Levi, Sektor Penguatkuasaan dan pernah menjadi Pengarah Negeri CIDB Selangor.

"Beliau telah berkhidmat dengan kerajaan dan terlibat dalam industri pembinaan selama lebih daripada 34 tahun, termasuk sebagai Juruukur Bahan di Jabatan Kerja Raya selama 14 tahun.

"Selain terlibat dalam merangka dasar dan hala tuju yang bersesuaian untuk CIDB dalam menerajui industri pembinaan negara, beliau juga aktif memberikan sumbangan kepada badan professional seperti Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan The Royal Insititution of Suveryors Malaysia (RISM)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, Mohd Zaid merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Awam (Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek) dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ukur Bahan dari Liverpool Polytechnic, United Kingdom.

Artikel Berkaitan: