Beli al-Quran menang RM1,000

Harga asal pakej Multazam B4 dan pakej Imam boleh didapati dengan harga promosi.
Harga asal pakej Multazam B4 dan pakej Imam boleh didapati dengan harga promosi.
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena sambutan ulang tahun ke-10 al-Quran terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf (GBK) menganjurkan cabutan bertuah 'Beli dan Menang' yang menawarkan hadiah utama berjumlah RM1,000.

Pegawai Pemasaran GBK, Shahril Syamell Zahid berkata, orang ramai yang mahu menyertai peraduan itu perlu membeli produk al-Quran Karya Bestari minimum bernilai RM150 dalam satu resit.

Menurutnya, pemenang utama bakal menerima RM1,000 yang akan dikreditkan dalam akaun Tabung Haji mereka selain menerima hamper Karya Bestari.

“Peraduan ini turut menyediakan hamper sagu hati kepada 50 pembeli bertuah.

“Bukan hanya pengunjung jualan gudang, cabutan bertuah ini juga terbuka kepada mereka yang membuat pembelian di cawangan Karangkraf Mall seperti SMO Bookstores, MPH dan Hasani Books,” katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Menurutnya, terdapat dua kaedah penyertaan iaitu mengisi borang fizikal dengan menyertakan resit pembelian atau mengimbas kod QR.

Jelasnya, peraduan tersebut akan berakhir pada 30 November ini dan hanya boleh disertai warganegara Malaysia.

Shahril Syamell
Shahril Syamell

Artikel Berkaitan:

Shahril Syamell berkata, orang ramai juga boleh menyertai cabutan bertuah tersebut dengan membuat pembelian menerusi pakej yang ditawarkan khas di Jualan Gudang Karangkraf 2023.

“Kita ada dua pakej menarik untuk pengunjung iaitu Pakej Multazam B4 dan Pakej Imam Satu dan Pakej Imam Dua.

“Pakej Multazam B4, kita menawarkan al-Quran Multazam B4 dan rehal Jumbo dengan harga promosi RM165 sahaja berbanding harga asal RM205. Seterusnya, pakej imam satu pula, kita menyediakan al-Quran Al Imam, sejadah gebu, beg dan tempat letak al-Quran,” katanya.

Beliau berkata, menerusi jualan gudang itu, GBK turut memperkenalkan tiga kitab suci baharu iaitu al-Quran Tahfiz, Tahfiz Junior dan Multazam.