Ronaldo rai gol ke-850 dalam kerjayanya

Ronaldo meraikan gol ke-850 dalam kerjayanya bersama kelab Al Nassr yang memenangi 5-1 ketika menentang Al-Hazm dalam Liga Pro Saudi pada Sabtu. - Foto Twitter @Cristiano
Ronaldo meraikan gol ke-850 dalam kerjayanya bersama kelab Al Nassr yang memenangi 5-1 ketika menentang Al-Hazm dalam Liga Pro Saudi pada Sabtu. - Foto Twitter @Cristiano
A
A
A

RIYADH - Bintang bola sepak masyhur, Cristiano Ronaldo meraikan gol ke-850 dalam kerjayanya bersama kelab Al Nassr yang memenangi 5-1 ketika menentang Al-Hazm dalam Liga Pro Saudi pada Sabtu.

Ronaldo menjaringkan gol keenam dalam tiga perlawanan terakhirnya dan mencipta dua bantuan jaringan membolehkan Al Nassr mencatatkan kemenangan liga ketiga berturut-turut.

Sadio Mane juga menjaringkan gol.

"Satu lagi prestasi berpasukan yang mantap! Kami semakin bertambah baik. Ayuhi kita teruskan, @AlNassrFC. Gol karier ke-850 dan tidak terhenti di sini!" tulis superstar bola sepak berusia 38 tahun itu di akaun media sosialnya.