React Swiss Eyewear kaca mata berteknologi tinggi, tahan lasak

SYARIKAT peneraju perkhidmatan sukan berbasikal, Cyclelogy baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat pembuat kaca mata antarabangsa, React Swiss Eyewear dalam menampilkan inovasi kaca mata berteknologi tinggi.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, Cyclelogy dan React memaklumkan, inovasi itu adalah yang pertama di pasaran negara ini.
Dengan rekaan yang elegan, kaca mata itu dipadukan dengan beberapa fungsi yang menggabungkan teknologi terkini, sekali gus mampu menambat hati peminat aktiviti sukan lasak.
"Dengan beberapa teknologi yang dipadankan, kaca mata itu dapat menukar sinaran infrared kepada tenaga elektrik dalam memastikan keselesaan pengguna terutama peminat sukan berbasikal yang terdedah kepada pelbagai jenis cahaya luar.