98 peratus gangguan air di Klang pulih: Air Selangor

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air yang berlaku di 65 kawasan di Klang, Selangor hampir pulih sepenuhnya pada tahap 98 peratus sehingga jam 6 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, berdasarkan pemantauan, hanya beberapa premis yang berada di lokasi tinggi dan di penghujung sistem agihan masih lagi mengalami gangguan bekalan dan tekanan rendah.

“Antaranya Bandar Putera 2 dan Parkland, Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman. Pelabuhan Utara, Jalan Pelabuhan Utara dan Taman Sentosa.

“Pihak kami terus memberikan tumpuan bagi menstabilkan dan memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas.

“Pihak kami juga meminta kerjasama pelanggan yang terjejas untuk merujuk makluman rasmi dan tidak membuat simpanan bekalan melebihi penggunaan yang akan menjejaskan proses pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Raof berkata, makluman yang dihebahkan berhubung akan berlaku lagi penutupan dan gangguan adalah tidak benar.

“Pihak kami memahami perhatian pengguna dan sedang berusaha sebaik mungkin bagi mempercepatkan pemulihan dan menstabilkan bekalan air kesemua kawasan yang terjejas seperti yang disasarkan.

“Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. Hubungi kami di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan. Pelanggan juga boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor untuk mendapatkan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Artikel Berkaitan: