TNB lancar program ‘My Brighter Green’

Tanam 74,000 pokok, pelihara ekosistem

A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan ulang tahunnya yang ke-74 dengan melancarkan program ‘My Brighter Green’ (MBG) bagi membantu memelihara ekosistem dan melindungi kepelbagaian biologi serta membantu komuniti tempatan.

TNB memaklumkan, program MBG merupakan antara program di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat utiliti negara itu yang antara lain melibatkan penanaman 74,000 batang pokok daripada enam spesies.

Enam spesies pokok yang akan ditanam dalam program MBG itu meliputi Bakau Minyak, Bakau Kurap, Gapis, Kasai, Rambutan dan Bucida manakala usaha berkenaan akan turut melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat, sukarelawan dan warga kerja TNB bagi memperkasakan masyarakat setempat serta menyokong penghidupan melalui pembelian anak benih dan penglibatan mereka dalam aktiviti penanaman.