Alif Satar, Raihan bergabung dalam majlis amal

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI, pelakon dan pengacara Alif Satar yang muncul dengan single terbaharunya bersama Raihan Sesungguhnya 2019, bakal membuat persembahan amal bagi mengutip dana untuk Pertubuhan Komited Malaysia pada 17 Mei ini bertempat di Marina Putrajaya pada Jam 4 petang.

Kumpulan nasyid terkenal, Raihan menjadi artis jemputan untuk persembahan amal ini.

No Image Caption

Dalam majlis ini juga, buat pertama kalinya mereka akan mengadakan persembahan bersama lagu Sesungguhnya 2019.

Menurut Pengarah Pertubuhan Komited Malaysia, Khalid Hashim, beliau berasa bangga dengan Alif kerana bersedia mengadakan show case amal ini untuk mengumpulkan dana buat anak-anak Casa Harapan yang terletak di Kuantan.

“Marilah bersama kami dan Alif Satar, agar dengan sumbangan kalian dapat memberi sinar baharu buat mereka. 100% jualan meja akan diserahkan ke rumah ana-anak Casa Harapan Kuantan,” katanya.

Meja berharga RM3000, RM6000 dan RM9000. Sebarang maklumat berkenaan persembahan ini boleh didapati melalui Instagram @livealife.my

Artikel Berkaitan: