Berhenti guna lagu saya - Eminem

Eminem (kiri) meminta Ramasamy (kanan) berhenti menyanyi lagu Eminem ' Lose Yourself' semasa kempen. - Agensi
Eminem (kiri) meminta Ramasamy (kanan) berhenti menyanyi lagu Eminem ' Lose Yourself' semasa kempen. - Agensi
A
A
A

WASHINTON - Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Eminem meminta calon Presiden Republikan, Vivek Ramasamy berhenti menggunakan muziknya semasa kempen.

Satu video Ramasamy menyanyi lagi Eminem bertajuk 'Lose Yourself' di Iowa State Fair menjadi tular pada awal bulan ini.

Dalam sepucuk surat dilaporkan Daily Mail, dengan kesahihan disahkan AFP, syarikat muzik Broadcast Music Inc. (BMI) menyatakan bahawa pihaknya menerima satu permintaan rasmi daripada Eminem yang menuntut calon berusia 38 tahun tidak lagi menggunakan muziknya.

Ramasamy yang menyamakan dirinya sebagai 'Trump 2.0' telah menyaksikan reputasinya meningkat mendadak di tempat ketiga antara calon Republikan lain yang bertanding dalam pilihan raya utama presiden 2024.

Semasa pilihan raya lalu, artis terkenal termasuk Pharrell Williams, Rihanna, Aerosmith dan Adele serta Prince telah mengadu bahawa lagu mereka digunakan semasa kempen bekas Presiden AS, Donald Trump tanpa kebenaran mereka.

Malah, Rolling Stone pernah mengancam untuk menyaman kempen Trump jika berterusan menggunakan lagu klasik hit kumpulan mereka bertajuk You Can't Always Get What You Want." - AFP

Artikel Berkaitan: