Sila log masuk terlebih dahulu.

Waris 'rider' nahas pesawat terhempas terima faedah bulanan PERKESO

28 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 OGOS 2023

Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh terus menabur bakti kepada keluarganya walaupun telah pergi mengadap Illahi dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Bapanya, Muhamad Saleh Othman berkata, anak sulung daripada lima adik beradik itu sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga.

Jelasnya, arwah anaknya kini terus menunaikan tanggungjawab kepada mereka apabila dia dan isteri menerima faedah bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Dia berkata sedemikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Faedah Perkeso bagi kes 'Rider terkorban nahas pesawat terhempas di Elmina' di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani di Kedah pada Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276035/edisi/utara/nahas-elmina-bakti-hafiz-kepada-keluarga-hingga-akhir-hayat

Muzik: www.bensound.com