Sila log masuk terlebih dahulu.

Guru sekolah memandu tak mengaku terima rasuah RM650 luluskan pelatih

28 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 OGOS 2023

Seorang guru sekolah memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Seremban pada Isnin atas pertuduhan menerima rasuah RM650 bagi meluluskan ujian memandu pelatihnya pada tahun 2019 dan 2020, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh K Rama Thevan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM350 dan RM300 daripada seorang lelaki sebagai upah untuk meluluskan ujian memandu perdagangan (GDL) sebelum ujian teori dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/275995/berita/semasa/guru-sekolah-memandu-didakwa-terima-rasuah-rm650-luluskan-pelatih

Muzik: www.bensound.com