'Pemuda UMNO mampu bangkitkan parti kembali' - Ismail Sabri

Ismail Sabri turut memuat naik poster merakamkan ucapan ulang tahun penubuhan Pemuda UMNO ke-74 di Facebook beliau pada Sabtu. (Hantaran Ismail Sabri di Facebook pada Sabtu.)
Ismail Sabri turut memuat naik poster merakamkan ucapan ulang tahun penubuhan Pemuda UMNO ke-74 di Facebook beliau pada Sabtu. (Hantaran Ismail Sabri di Facebook pada Sabtu.)
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya keberanian kepemimpinan Pemuda UMNO hari ini mampu untuk membawa parti itu kembali bangkit.

Keyakinan berkenaan disuarakan bekas Perdana Menteri itu sempena genap 74 tahun Pemuda UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

Ismail Sabri berkata, politik beliau bermula dengan Pemuda UMNO yang mengajarnya tentang idealisme dan membina jati diri untuk melangkah satu demi satu anak tangga sehingga ke puncak tertinggi, meneraju pentadbiran negara

Katanya, Pemuda UMNO sifatnya berani dan tidak takut menyatakan pendirian atas kepentingan parti dan rakyat.

"Pemuda juga mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk memastikan idealisme UMNO tidak tercemar dan sentiasa diminati oleh anak muda.

"Selamat Menyambut Ulang Tahun Pemuda UMNO ke-74. Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu, Barisan Nasional (BN)-UMNO mengalami kekalahan teruk apabila hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Di Kedah dan Terengganu, BN gagal memperoleh walau satu kerusi dan di Selangor dan Pulau Pinang, parti itu hanya menang dua kerusi sementara di Kelantan satu kerusi.

BN juga cuma memperolehi 14 dari 17 kerusi yang dipertaruhkan di Negeri Sembilan.