Merdeka Paddle Day 2023

A
A
A
Tasik Putrajaya di sini dipenuhi dengan 231 pendayung kayak menelusuri tasik itu sejauh 14 kilometer dengan membawa bersama Jalur Gemilang serta melaungkan "Merdeka" pada Merdeka Paddle Day baru-baru ini.

Bermula di Kelab Tasik Putrajaya, para peserta mendayung melalui enam jambatan utama di Putrajaya iaitu Jambatan Seri Bestari, Jambatan Seri Setia, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Wawasan dan Jambatan Putra.