ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos

ERL menawarkan harga istimewa tambang tiket pergi balik bagi perkhidmatan KLIA Transit untuk perjalanan dari KL Sentral ke Terminal Putrajaya Sentral pada 31 Ogos ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
ERL menawarkan harga istimewa tambang tiket pergi balik bagi perkhidmatan KLIA Transit untuk perjalanan dari KL Sentral ke Terminal Putrajaya Sentral pada 31 Ogos ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menawarkan harga istimewa tambang tiket pergi balik bagi perkhidmatan KLIA Transit untuk perjalanan dari KL Sentral ke Terminal Putrajaya Sentral pada 31 Ogos ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

ERL dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, kadar tambang istimewa bagi dewasa ialah RM15 berbanding harga asal RM28, RM1 bagi kanak-kanak 6 hingga 15 tahun (harga asal RM12.60) manakala tambang percuma bagi kanak-kanak enam tahun ke bawah.

"Tambang istimewa ini hanya ditawarkan untuk pembelian dan perjalanan sehari sahaja pada 31 Ogos, bagi perjalanan bermula dari stesen KL Sentral ke stesen Putrajaya dan Cyberjaya,” menurut kenyataan itu.

Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.

ERL memaklumkan perkhidmatan KLIA Transit pada 31 Ogos akan bermula lebih awal pada 4.30 pagi.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ akan diadakan di Putrajaya. - Bernama