16 migran maut, bas bertembung trak di Mexico

Kemalangan bas di Oaxaca di selatan Mexico menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala 36 lagi cedera. - Foto EPA
Kemalangan bas di Oaxaca di selatan Mexico menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala 36 lagi cedera. - Foto EPA
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Kemalangan bas di Oaxaca di selatan Mexico menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala 36 lagi cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa pada Selasa.

Sebuah bas yang membawa migran dilapor bertembung dengan sebuah trak, menurut kerajaan tempatan.

"Ucapan takziah kepada keluarga si mati, dan kami juga akan memberi sokongan penuh," menurut Gabenor Oaxaca, Salomón Jara di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Beribu-ribu migran cuba melarikan diri dari kemiskinan, keganasan dan krisis politik serta berusaha berhijrah ke Amerika Syarikat melalui Mexico saban tahun. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan: