11 terbunuh dalam letupan arang batu di China

Gambar hiasan 123rf.
Gambar hiasan 123rf.
A
A
A

XI'AN, China - Sebelas orang terbunuh dalam insiden letupan di lombong arang batu di Daerah Yanchuan, Wilayah Shaanxi di barat laut China, pada Isnin, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Kejadian berlaku pada 8.26 malam Isnin dan ketika itu terdapat 90 pelombong sedang bekerja di lombong arang batu Xintai di Kampung Hejiaya, di bandar Yan’an, Daerah Yanchuan, menurut biro pengurusan kecemasan Yan'an.

Seramai 81 pelombong berjaya menyelamatkan diri, namun dua daripadanya meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menjelang pagi Selasa, mayat sembilan mangsa yang terperangkap telah ditemukan, menurut biro itu.

Penyelamat berkata 11 lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil. - Bernama.

Artikel Berkaitan: