Penubuhan USD tidak libatkan penambahan perjawatan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini menjelaskan penubuhan Unit Siasatan Dalaman Khas (USD) tidak melibatkan sebarang penambahan perjawatan sebaliknya ditubuh secara Task Force iaitu secara pentadbiran.

Oleh itu, kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak diperlukan sehingga Task Force tersebut dijadikan sebuah cawangan yang rasmi dalam jabatan, menurut JKDM dalam satu kenyataan hari ini.

Penjelasan berkenaan susulan laporan sebuah portal semalam yang mendakwa JKDM menubuhkan satu unit baru tanpa mendapat kelulusan JPA.

Menurut JKDM, USD ditubuhkan sebagai satu langkah jabatan untuk menjalankan siasatan terhadap laporan atau dakwaan yang diterima termasuk maklumat risikan dalaman atas aktiviti penyeludupan oleh mana-mana pihak atau sindiket termasuk penglibatan pegawai jabatan.

"USD akan bertindak atas laporan serta dakwaan yang diterima dan siasatan awal secara menyeluruh akan dijalankan sebelum sesuatu tindakan diambil dan ia adalah mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Tugas-tugas USD tidak bertindih dengan tugas Cawangan Integriti Jabatan,” jelas JKDM dalam kenyataan itu.

Menurut JKDM, jabatan mengambil langkah proaktif menubuhkan unit itu untuk memastikan integriti semua pihak yang terlibat dengan urusan perkastaman termasuk pegawai jabatan berada di tahap yang tinggi dan selari dengan dasar kerajaan yang tidak berkompromi dengan amalan rasuah. - Bernama

Artikel Berkaitan: