Neymar janji tak 'main-main'

Neymar. - Foto Agensi
Neymar. - Foto Agensi
A
A
A

BINTANG sensasi, Neymar bertekad mengerah segala kudrat untuk membantu kelab baharunya, Al Hilal meraih kejuaraan dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini.

Malah pemain Brazil itu menanam janji tidak 'main-main' dalam kariernya sebaliknya tekad bekerja keras untuk memberi kegembiraan kepada kelab dan penyokong.

“Saya percaya apabila bercakap mengenai bola sepak, kita berkongsi minat yang sama seperti peminat Al Hilal. Mereka boleh mengharapkan saya untuk bekerja keras di atas padang.

“Saya akan memberikan yang terbaik untuk kelab dan itulah yang selalu saya lakukan apabila berada di atas padang,” kata Neymar dalam laman sosial rasmi Al Hilal.

Neymar sebelum ini membuat kejutan besar apabila bersetuju untuk menyertai Al Hilal.

Kehadiran Neymar menjadikan Liga Pro Saudi lebih meriah kerana bintang seperti Sadio Mane, Karim Benzema, N’Golo Kante, Riyad Mahrez dan Kalidou Koulibaly sudah mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo ke negara Teluk itu.

Neymar juga menyimpan impian peribadi untuk membantu Al Hilal merangkul trofi.

“Sudah tentu. Ada objektif iaitu untuk memenangi gelaran demi gelaran. Memenuhi cita-cita kelab. Saya sangat bersemangat tentang itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya teruja untuk memulakan lembaran baharu dalam karier di Arab Saudi. Mengejar matlamat dan cita-cita kelab serta membantu rakan sepasukan saya,” kata Neymar.

Musim lalu, Al Hilal berada di tempat ketiga dalam saingan Liga Pro Saudi.