Tawaran menarik sepanjang kempen OH MYDIN!

Penjimatan sehingga 60 peratus sempena sambutan ulang tahun ke-66 Mydin

A
A
A

No Image Caption

Bagi menghargai pelanggan setianya selama ini, rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menganjurkan ‘Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama’ sempena Ulang tahun Mydin ke-66.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata program yang bermula 17 Ogos hingga 31 Oktober itu menawarkan penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai sehingga RM6.6 juta kepada masyarakat khususnya pelanggan setia Mydin.

Menurutnya, Karnival Jualan ‘Kita MADANI’ menjanjikan penjimatan sehingga 60 peratus bagi barangan keperluan serta barangan keperluan harian antaranya pakaian dan alat tulis melibatkan rangkaian Mydin di seluruh negara.

“Melalui program kesetiaan Meriah, Mydin menawarkan sebanyak 660 mata ganjaran Meriah bagi pelanggan yang mendaftar kad Meriah di samping turut mendapat hadiah istimewa.

50 rakan strategik

Difahamkan kempen itu turut mendapat kerjasama lebih 50 rakan strategik dan pembekal terlibat antaranya KPDN, MBSB Bank, Setel, MyDebit, Boost, OPPO, P&G, Unilever, Wipro, Adabi, Nestle, Mamee dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Turut hadir pada sidang akhbar itu, Pengarah Kategori FCMG TikTok, Wilson Leong; Ketua Saluran - KA Hypers & HTO Wipro Unza, Quek Jinn Lin; Pengurus Perkongsian Strategik Setel, Varoon Seelan; Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Pelanggan Unilever, Lee Wei Ting; Pengarah Jualan P&G, Roger Lee dan Eksekutif Kanan, Perkongsian Boost, Lily Alyssa dan Pengurus Jualan Adabi, Hazry Haidi.

Jelasnya, bagi memberi kemudahan kepada pelanggan, Mydin turut memperkenalkan TikTok Shop diaplikasi rasmi TikTok ‘MYDIN Malaysia’.

“Apa yang menariknya pelanggan yang pertama kali membuat pembelian menggunakan aplikasi Tiktok layak menerima baucar RM15 serta kod baucar istimewa.

“Selain itu pelanggan juga bakal mendapat subsidi penghantaran bernilai RM6 ke seluruh negara,” ujarnya.

Ameer berkata, buat pertama kalinya Mydin bekerjasama dengan Setel melalui kempen “Belanja & Fuel Good” dengan kerjasama Setel, pelanggan yang berbelanja minimum RM120 menggunakan aplikasi tersebut akan menerima baucar baucar Setel bernilai RM6.60.

No Image Caption

“Baucer Setel ini membolehkan pelanggan mengisi petrol secara percuma mengikut nilai yang diberikan,lagi banyak berbelanja menggunakan aplikasi Setel, lagi banyak baucar yang akan diterima,” kata Ameer.

Tambahnya, bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran secara digital, pelanggan yang menggunakan MyDebit juga berpeluang memenangi baucar Mydin bernilai sehingga RM280,000 bagi setiap pembelian RM66 dan ke atas dalam satu resit.

“Pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak menggunakan mod pembayaran e-dompet melalui aplikasi Boost, MBSB Bank E-wallet, Mcash, Wavpay dan Zapp juga boleh merebut pulangan tunai dan hadiah dengan jumlah keseluruhan RM366,000,” jelasnya.

Ameer berkata, antara barangan yang bakal dijual pada harga luar biasa murah termasuklah roti Gardenia (RM1.66); kek pisang 500 gram (RM6.66); ubi kentang (RM1.66); paha ayam (RM0.66); ikan mabong (RM0.66); mi kuning (RM0.66) dan bawang merah sekilo (RM0.66).

Semarak Gemilang Malaysia Madani

Sementara itu, bagi menghangatkan lagi bulan kemerdekaan, Mydin menganjurkan Program Semarak Gemilang Malaysia Madani.

No Image Caption

Ameer berkata, Program berkenaan akan berlangsung pada 17 hingga 19 Ogos 2023 bertempat di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan ini akan dimeriahkan dengan pengisian seperti pameran MyMerdeka 2023, kuiz kenegaraan, permainan dam ular, puzzle dan kuiz Asean, pertandingan bintang patriotik, pertandingan mewarna kanak-kanak serta Persembahan Kebudayaan oleh Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia.

Ameer berkata, program ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dan kerjasama strategik pelbagai pihak khususnya syarikat swasta dalammenyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Ia juga bertujuan untuk menyuburkan perasaan cintakan negara dan semangat Malaysia Madani dalam kalangan Masyarakat,” ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi media sosial atau laman sesawang rasmi Mydin Malaysia di www.mydin.my.

Reaksi Rakan Strategik Mydin

WILSON LEONG
WILSON LEONG



"Kerjasama dengan Mydin dapat memberi pengalaman baharu kepada pelanggan berbelanja menerusi TikTok Shop.”- Pengarah Kategori FCMG TikTok, Wilson Leong.

ROGER LEE
ROGER LEE



"Mydin merupakan rakan penting bagi P&G Malaysia, kami banyak kali bekerjasama dan dapat memberi penjimatan kepada setiap pembelian produk keluaran P&G seperti Ambi Purr dan Febreze.”- Pengarah Jualan P&G, Roger Lee.

QUEK JINN LIN
QUEK JINN LIN



"Wipro Unza menerusi produk kecantikan dan penjagaan diri halal Safi,Eversoft dan Aiken yang tidak asing untuk pengguna dan pasti kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang.”- Ketua Saluran - KA Hypers & HTO Wipro Unza, Quek Jinn Lin

LEE WEI TING
LEE WEI TING



"Produk Unilever adalah terdiri daripada makanan dan dan minuman (Horlicks), agen pembersih (Breeze) dan produk penjagaan diri sudah pasti kerjasama ini akan menguntungkan pelanggan setia kami.”- Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Pelanggan Unilever, Lee Wei Ting.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!