Anwar perlu jadi PM dalam tempoh dua tahun

Syed Badli Shah Syed Osman
Syed Badli Shah Syed Osman
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai perdana menteri dalam tempoh dua tahun selepas PH berjaya memerintah negara ini.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Syed Badli Syed Osman berkata, itu antara janji dimeterai ketika penubuhan PH dan ia perlu dipenuhi.

Katanya, tempoh peralihan kuasa antara dua tahun ke dua tahun setengah adalah tempoh wajar dipertimbangkan sebelum penggal ini berakhir.

“Peralihan kuasa tidak boleh berlaku lewat dari tempoh tiga tahun dan tidak boleh dilihat tergesa-gesa. Pelan peralihan kuasa perlu disusun rapi bagi memastikan kestabilan kerajaan.

“Pelan peralihan yang terlalu lewat akan menyukarkan perdana menteri baharu untuk membentuk corak pemerintahan negara kerana tempoh masa penggal berakhir terlalu hampir,” katanya.

Justeru, katanya wajarlah Anwar diangkat sebagai perdana menteri dalam tempoh tersebut.

Namun menurutnya, sebelum peralihan kuasa berlaku, beliau meminta seluruh kepimpinan dan pendukung PH untuk terus memberi sokongan padu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hakikatnya PH berjaya tambah baik pelbagai perkara di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Polisi-polisi lapuk diubah dan dasar baru turut diperkenal.

Artikel Berkaitan:

“Seluruh pendukung PH wajar berterima kasih kepada Tun M atas hasil usaha beliau memimpin negara ini walaupun sudah berusia,” katanya.