Penghantaran durian guna laluan keretapi China-Laos melonjak

Eksport durian Thailand melonjak ke China. - Foto Agensi
Eksport durian Thailand melonjak ke China. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Eksport durian ke China melalui Keretapi China-Laos berkembang 365 peratus dalam tempoh lima bulan pada tahun ini susulan tempoh transit yang singkat dan di bawah perjanjian perdagangan bebas.

Ketua Pengarah Rundingan Perdagangan (DTN), Auramon Supthaweethum berkata, laluan keretapi itu memberi peluang kepada produk Thailand menembusi pasaran China dalam tempoh kurang daripada 15 jam dengan melalui jalan darat.

Eksport buah-buahan Thailand dilaporkan meningkat ketara sejak Keretapi China-Laos mula beroperasi Disember 2021 dan penghantaran melalui pelabuhan kering Nong Krai bersempadan dengan Laos.

Supthaweethum menambah produk buah-buahan lain boleh mengambil kesempatan melalui laluan ini di bawah perjanjian ASEAN - Kawasan Perdagangan Bebas China dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.

Menurut DTN, eksport Thailand ke China melalui keretapi China-Laos bernilai 2.84 bilion (RM372 juta) dalam tempoh Januari hingga Mei 2022 dan 72 peratus adalah meneruis penghantaran durian segar. - Xinhua

Artikel Berkaitan: