Dua penjenayah gagal letupkan mesin ATM

Ahmad Dzaffir
Ahmad Dzaffir
A
A
A

BANGI – Dua penjenayah gagal memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang dengan menggunakan bahan letupan di Wisma Unikeb, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis bantuan sebuah bank memaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 8.07 malam.

“Suspek memakai topeng muka itu menggunakan bahan letupan untuk memecahkan mesin berkenaan, namun tindakan mereka gagal,” katanya menerusi kenyataan media.

Ahmad Dzaffir berkata, siasatan juga mendapati mesin dan ruangan yang menempatkan mesin itu turut mengalami kerosakan.

“Kita masih menunggu pengesahan daripada Unit Pemusnah Bom bagi mengenal pasti jenis bahan letupan digunakan.

“Kita juga akan memeriksa rakaman CCTV di kawasan luar bank bagi mengesan pergerakan suspek,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Salena Mhd Sallehudin di talian 0176424007.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat untuk membinasakan rumah atau sebagainya.

Artikel Berkaitan: