Sila log masuk terlebih dahulu.

Tujuh remaja pukul pelajar kerana 'awek' direman

15 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 15 OGOS 2023

Tujuh pelajar yang dipercayai terlibat memukul seorang remaja lelaki di kawasan rekreasi dalam Taman Bistari Indah di sini pada 9 Ogos lalu direman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak/ Nor Azura Md Amin.

Proses reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes tersebut pula disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, pada 9 Ogos lalu, remaja lelaki berkenaan dipukul sekumpulan pelajar sekolah di taman tersebut sehingga mengakibatkan kecederaan.

Susulan itu polis menahan semua suspek selepas melakukan enam serbuan di sekitar daerah ini bermula dari jam 5.30 petang sehingga 9.34 malam Isnin.

Motif kejadian yang turut tular itu berpunca daripada seorang suspek yang tidak berpuas hati mangsa berkawan dengan teman wanitanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/273862/berita/semasa/tujuh-pelajar-direman-bantu-siasatan-kes-pukul-remaja-lelaki

Muzik: www.bensound.com